Hias kuku pada hari perkahwinan guna abu mendiang bapa

Kuku Charlotte yang dihiaskan menggunakan abu mendiang bapanya.
London. – Seorang wanita dari Stoke-on-Trent, England menggunakan abu mendiang bapanya bagi menghias kuku pada hari perkahwinannya sebagai satu bentuk penghormatan terakhir, lapor akhbar Metro UK.
Bapa kepada Charlotte Watson dimaklumkan kanser prostatnya telah merebak ke nodus limfa dan tulangnya pada 2017 dan dia meninggal dunia empat bulan sebelum hari perkahwinan wanita tersebut.

Charlotte bergambar dengan patung yang dibuat menggunakan baju panas bapanya.
Sepupu Charlotte, Kristy Meakin yang merupakan artis hiasan kuku dan bintang YouTube mencadangkan agar abu bapanya digunakan sebagai penghias kuku pada hari perkahwinannya.
“Akhirnya, hajat untuk bapa saya ‘memegang’ tangan dan berjalan menuju ke altar tertunai,” kata Charlotte.
“Itulah apa yang saya rasakan. Reaksi yang kami terima begitu menakjubkan. Bukan sahaja daripada keluarga dan rakan-rakan tetapi juga daripada ribuan orang ramai yang menonton dan berkongsi video tersebut,” kata Charlotte.
Selain abu pada kuku tangannya, wanita itu turut meletakkan gambar bapanya di belakang kasut dipakainya dan menghasilkan patung beruang menggunakan baju panas mendiang. – Agensi





















































![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
Ulasan Terkini