Polis kejar lelaki mengamuk selepas gagal ujian memandu

Kereta Mini Cooper milik pemandu pelatih tersebut ditemui ditinggalkan di jalan A50, dekat Leicester, Britain baru-baru ini.
London. – Polis Britain terpaksa mengejar seorang pemandu pelatih yang mengamuk selepas gagal ujian memandu dengan mengoyak plat L di keretanya sebelum memandu pergi dari tapak ujian, lapor akhbar Daily Mail.
Pemandu yang bertindak berani itu datang ke bandar Derby untuk mengambil ujian tersebut tetapi berang apabila dia gagal, jelas Unit Polis Jalan Raya Derbyshire.
Polis memuat naik gambar di laman Twitter menunjukkan kereta Mini Cooper berwarna kuning milik lelaki itu di sisi jalan A50 setelah dia cuba memandu pulang ke Leicester.
Menurut kenyataan polis, pemandu berkenaan ‘mengamuk di pusat ujian’, sebelum masuk semula ke dalam keretanya dan terus meninggalkan lokasi tersebut.
Polis memaklumkan mereka telah menemui kereta tersebut dan melaporkan pemandu berkenaan kepada Perkhidmatan Mahkamah dan Tribunal Diraja.
“Dia menuju pulang ke rumah di Leicester, kami menunggunya. Kereta itu sudah ditemui dan dia telah dilaporkan ke mahkamah,” kata polis di Twitter. – Agensi






















































![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
Ulasan Terkini