Sanggup beratur tiga hari untuk beli kasut Adidas

 
ORANG ramai beratur di hadapan sebuah kedai untuk mendapatkan kasut Adidas edisi terhad di Blackburn.

ORANG ramai beratur di hadapan sebuah kedai untuk mendapatkan kasut Adidas edisi terhad di Blackburn.

LONDON – Sekumpulan pengumpul kasut sanggup mengambil cuti dan berkhemah selama tiga hari dalam hujan dan cuaca panas hanya untuk mencuba nasib membeli kasut edisi terhad keluaran Adidas di Blackburn, Lancashire di England baru-baru ini.

Daily Mail dalam laporannya menyatakan Adidas hanya menghasilkan sebanyak 160 pasang kasut Adidas Blackburn Spezial dengan setiap sepasang berharga £100 (RM515) dan habis dijual dalam tempoh beberapa jam pada Jumaat lalu.

Terdapat beberapa individu menawarkan semula kasut berkenaan untuk menerusi laman eBay dengan bidaan mencecah sehingga £58,000 (SGD97,877).

Dua lagi individu cuba menjual kasut berkenaan dengan harga mencecah antara £21,400 (SGD36,113) dan £50,100 (SGD84,545.).

Seorang peminat, Andy Burns menyatakan, dia mengambil cuti selama empat hari daripada majikannya dan merupakan individu pertama beratur dalam barisan untuk membeli kasut itu.

“Semua yang beratur di sini adalah peminat kasut itu, tiada siapa yang akan membeli dan kemudian menjualnya semula.

“Bagaimanapun, ketika menghampiri waktu jualannya, ramai juga mahu membuat wang segera akan muncul di sini dan ia amat mengecewakan,” katanya. – Agensi

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture