Lambat 20 Minit Ke Sekolah, Pelajar Maut Menjalani Hukuman Cikgu
Pelbagai peringatan, amaran dan garis panduan buat para pendidik terutamanya guru-guru yang telah dikeluarkan oleh pelbagai pihak agar tidak bertindak secara melulu. Kebanyakannya adalah menyuarakan pendapat mengenai tatacara dan larangan yang tidak seharusnya dilakukan ketika menghukum para pelajar.
Dua hari lalu, seorang pelajar telah maut serta merta di sekolahnya setelah kepenatan menjalani denda yang dikenakan keatasnya. Kejadian ini dilaporkan telah berlaku di sebuah sekolah yang terletak di Indonesia.

Di-Hukum lari padang 20 pusingan
Identiti pelajar tersebut dikenali sebagai Fanly Langihide dikatakan telah datang lewat 20 minit ke sekolahnya. Sebelum disuruh berlari di padang, dia dan beberapa orang pelajar yang lain telah dihukum berjemur selama 15 minit.

Tiba-tiba rebah!
Dikatakan, ketika mereka semua berlari pada pusingan yang keempat, Fanly Langihide telah jatuh dan pengsan serta merta. Dia dikatakan sempat dikejarkan ke hospital yang berdekatan.

Tak sempat diselamatkan
Fanly Langihide telah disahkan meninggal dunia sejurus sampai ke hospital berkenaan. Cikgu yang bertanggungjawab menghukum Fanly Langihide ini dikatakan berada di hospital akibat trauma dengan kejadian tidak disangkakan itu.

Jenazahnya dikhabarkan telah dikebumikan sehari selepas post moterm dijalankan. Kedua-dua ibu bapanya sangat terkejut dan tidak menjangkakan perkara ini akan menimpa anak lelaki mereka.
Sumber: Indopolitik.com






















































![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
Ulasan Terkini