Lelaki rogol tunang direman

Suspek yang merogol tunangnya dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Temerloh hari ini untuk direman tujuh hari.

Temerloh. – Kerakusan seorang lelaki melakukan jenayah seksual terhadap tunangnya kini terbongkar.

Pembantu kedai dari Masai, Johor itu direman selama tujuh hari bermula hari ini setelah disyaki merogol dan meliwat tunangnya di sebuah bilik sewa di Kampung Paya Pulai, di sini 13 September lalu.

Perintah tahanan reman sehingga 11 Oktober depan dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Kanan, Mahkamah Majistret Temerloh, Nurul Balqis Zunaidi mengikut Seksyen 376, Seksyen 377C dan Seksyen 377CA Kanun Keseksaan kerana merogol, meliwat dan melakukan perbuatan di luar tabii.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, suspek didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu kira-kira pukul 9.30 hingga 11.30 malam pada tarikh tersebut.

“Suspek pada mulanya bersiar-siar bersama mangsa yang berusia 19 tahun itu di sebuah pasar raya sebelum mengajak tunangnya balik ke bilik sewanya untuk mengambil telefon bimbit yang tertinggal.

“Mangsa kemudiannya ditarik dan ditendang sebaik tiba di pintu bilik suspek dan lelaki berusia 21 itu kemudiannya merogol dan meliwat tunangnya yang berasal dari Jengka 19, Maran,” katanya.

Menurutnya, suspek turut menampar dan memasukkan objek kecil ke dalam kemaluan mangsa.

“Mangsa menjadi trauma dan takut untuk membuat laporan polis setelah diugut oleh tunangnya malah kejadian yang sama turut berlaku pada 2016 di lokasi berbeza,” ujarnya.

Beliau memberitahu, mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai di Serdang, Selangor akhirnya membuat laporan polis kelmarin serta dia turut menjalani pemeriksaan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, di sini.

“Mangsa disahkan dirogol serta diliwat dan pihak polis berjaya menahan suspek di bandar ini semalam,” jelasnya. – K! ONLINE

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture