Pelajar tersilap diberi nombor hotline seks

LOS ANGELES. Pegawai sekolah di California berhadapan keaiban besar selepas pelajar yang menghubungi talian mencegah bunuh diri yang tersenarai pada lencana kad pengenalan mereka, sebaliknya disambungkan kepada talian seks.
“Saya terkejut. Saya amat terperanjat,” kata Janene Lavelle selepas anak perempuannya memberitahu beliau mengenai perkara itu.
Lavelle berkata, anaknya menghubungi nombor berkenaan terkejut apabila disambung dengan talian seks.
“Seseorang yang benar-benar mahukan bantuan seperti itu, tidak sepatutnya mendengar sesuatu daripada apa yang mereka sangka dapat membantu.
“Mereka perlu memeriksa perkara berkenaan,” pelajar berkenaan dipetik sebagai berkata.
Nombor pencegahan bunuh diri ada dalam talian kecemasan direktori dan sumber lain di belakang lencana untuk pelajar Sekolah Menengah New Vista di Lancaster.
Bagaimanapun, disebabkan kesilapan satu angka, nombor talian seks diberikan kepada pelajar, bukannya nombor talian pencegahan bunuh diri.
“Semalam kami sedar kad pengenalan pelajar menyenaraikan nombor talian pencegahan bunuh diri yang salah.
“Nombor telefon mempunyai dua angka yang bertukar tempat dan ini satu kesilapan.
“Nombor yang tersenarai pada kad pengenalan pelajar adalah talian seks,” kata jurucakap daerah Lancaster Unified School.
Pegawai sekolah berkata, mereka sudah mengumpul semua lencana lama dan akan mengeluarkan yang baharu, dengan nombor talian yang betul. — AFP






















































![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
Ulasan Terkini