Puluhan pesawat Boeing 737NG ada kesan rekahan

NEW YORK. Boeing semalam mengumumkan puluhan pesawat popularnya, 737NG, ditarik balik daripada melakukan penerbangan selepas menemui kesan rekahan, menunjukkan satu lagu tamparan kepada syarikat pengeluar pesawat Amerika Syarikat itu.

Keadaan terbaharu itu menimbulkan masalah yang dihadapi syarikat berkenaan, selepas keuntungan menjunam, diteliti pihak persekutuan dan desakan supaya Ketua Pegawai Eksekutif meletak jawatan susulan nahas maut membabit

737 MAX, pengganti kepada 737NG.

Pesawat kebangsaan Australia, Qantas, berkata ia menemui kesan rekahan pada tiga pesawat 737NG miliknya dan menarik balik ia daripada perkhidmatan untuk tujuan baik pilih, selepas memeriksa 33 jet.

Sembilan daripada pesawat itu tidak dibenarkan terbang di Korea Selatan bulan ini, termasuk lima yang dikendalikan Korean Air, menurut pihak berkuasa di Seoul.

Syarikat penerbangan Southwest Airlines menarik balik tiga daripada pesawatnya disebabkan masalah itu.

Beberapa syarikat penerbangan terkemuka berkata, pemeriksaan tidak menemui kesan rekahan pada pesawat mereka.

Sebelum ini, Boeing melaporkan masalah ‘pickle fork’ model itu iaitu bahagian yang membantu

mengikat sayap dengan fiuslaj.

Pemeriksa Amerika Syarikat, awal bulan ini mengarahkan pemeriksaan dibuat ke atas model NG yang sudah lama, mengarahkan pesawat dengan jam penerbangan lebih lama diperiksa dalam masa tujuh hari.

Jurucakap Pentadbiran Penerbangan Persekutuan berkata, pengendali tidak boleh menggunakan pesawat itu sehingga isu itu ditangani. — AFP

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture