Wanita AS ditemui mati dibelit dalam ‘rumah ular’

Laura Hurst ditemui dengan ular berbelit di lehernya Credit: Facebook
INDIANA. Seorang wanita Amerika Syarikat (AS) ditemui mati dibelit ular sawa sepanjang 2.4 meter di sebuah rumah yang menempatkan sekurang-kurangnya 140 ekor ular lain, dengan 20 daripadanya adalah milik mangsa, kata polis di sini, semalam.
Laura Hurst, 36, ditemui tidak sedarkan diri malam kelmarin di atas lantai rumahnya di bandar utara Oxford di sini, dengan ular sawa terbelit pada lehernya, kata pegawai polis Indiana, Sarjan Kim Riley.
Individu yang menemui wanita itu berjaya melonggarkan lilitan ular sawa pada lehernya namun paramedik gagal menyelamatkan mangsa, kata Riley. Bedah siasat dijadualkan hari ini.
“Wanita itu jelas dibelit ular. Kami tidak tahu perkara sebenar sehingga bedah siasat dijalankan,” kata Riley kepada Journal & Courier.

Rumah di mana dia dijumpai mati menyimpan koleksi ular yang banyak
Credit: Indiana State Police
Rumah itu memiliki kira-kira 140 ekor ular dengan 20 daripadanya dimiliki Hurst, yang memeliharanya serta mengunjungi reptilia itu dua kali seminggu, kata Riley. Pemilik rumah mengubah suai rumahnya untuk menempatkan koleksi ular.
Riley berkata, reptilia itu diletakkan dalam sangkar dan disimpan dalam bangunan. Rekod hartanah menunjukkan rumah itu dimiliki Sherif Benton County, Don Munson yang tinggal berhampiran.
Munson memberitahu akhbar, beliau yang menemui Hurst dan menyifatkan kematian wanita itu sebagai tragik.
Pada 2001, Munson memberitahu sebuah akhbar tempatan, beliau memelihara ular untuk dijual. -Agensi






















































![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
Ulasan Terkini