Polis berkas remaja 19 tahun yang tunggang PMD di bumbung laluan pejalan kaki

Polis berkas remaja 19 tahun yang tunggang PMD di bumbung laluan pejalan kaki

SINGAPURA. Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang dirakam menunggang sebuah alat mobiliti peribadi (PMD) di atas bumbung laluan pejalan kaki.

Video berdurasi 28 saat itu tular di media sosial awal minggu ini.

Lelaki tersebut sudah diberkas kerana “disyaki terlibat dalam satu kes perbuatan cuai”.

Siasatan masih dijalankan, menurut polis pada Rabu (20 Nov).

Polis menyatakan pihaknya menerima aduan pada Selasa mengenai seorang lelaki menunggang alat PMD di atas bumbung laluan pejalan kaki. Siasatan awal menunjukkan insiden tersebut berlaku di Lompang Road pada Isnin.

“Identiti lelaki itu berjaya dikenal pasti menerusi siasatan dan bantuan imej dari kamera polis, para pegawai dari Divisyen Polis Ang Mo Kio. Lelaki itu diberkas pada 19 Nov,” menurut polis.

Sesiapa yang didapati bersalah melakukan tindakan cuai yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain di bawah Seksyen 336(a) dari Kanun Keseksaan, Bab 224, boleh dihukum penjara sehingga enam bulan, dikenakan denda maksimum S$2,500, atau kedua-duanya sekali.

Menyusuli larangan penggunaan skuter elektrik di laluan pejalan kaki, yang dikuat kuasa pada 5 Nov, beberapa penunggang PMD menggunakan media sosial untuk menunjukkan bagaimana mereka dapat mengatasi larangan itu – ada segelintir orang yang menunggang di atas rumput bersebelahan laluan pejalan kaki dan yang lain di atas penutup longkang.

Bagaimanapun, pihak berkuasa menyatakan bahawa perbuatan sedemikian melanggar undang-undang. Sebagai contoh, Lembaga Taman Negara (NParks) menyatakan menunggang PMD di atas rumput bersebelahan laluan pejalan kaki tanpa kebenaran adalah satu kesalahan di bawah Akta Taman dan Pokok. Penunggang boleh dikenakan denda sehingga S$5,000 jika didapati bersalah.

– TODAY

•
3views

You may also like

Lelong Robot tempur gergasi USD$1
3views
OAKLAND, California – Syarikat pengeluar robot, MegaBots mengumumkan ...
Buaya sesat di tempat meletak kereta di-Limbang
6views
Berlaku pada 3 September 2017 / Limbang, Sarawak, Malaysia Ramai orang ...
Wanita masuk ke-kandang singa di zoo
3views
Baca kisahnya disini...
Ikan tanpa kepala berenang dikolam
00:13
2views
  Video viral yang pelik memaparkan seekor ikan berenang tanpa ...
Halaman 1 dari 6

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture