Menteri Indonesia syor fatwa galak kaya kahwin miskin

JAKARTA: Seorang menteri di Indonesia mencadangkan individu kaya berkahwin dengan golongan miskin dalam usaha mengurangkan kadar kemiskinan di republik itu.
Saranan itu dibuat oleh Menteri Koordinator Pembangunan Manusia dan Kebudayaan, Muhadjir Effendy.
Menurutnya, di Indonesia selaku negara dengan penduduk Islam terbesar di dunia, ajaran agama mengesyorkan ‘pencarian jodoh sama taraf’ sering disalah tafsir.
“Apa yang berlaku jika orang miskin mencari orang miskin lain untuk berkahwin? Ia hanya akan menjadikan isi rumah itu lagi miskin, inilah masalah yang Indonesia hadapi,” katanya.
Menurut beliau, berdasarkan data kerajaan, jumlah isi rumah miskin di republik itu dianggarkan mencecah lima juta.
“Jumlah isi rumah di Indonesia ialah 57.1 juta dan daripada jumlah ini, lima juta orang atau 9.4 peratus dikategorikan sebagai miskin.
“Jika dicampur dengan isi rumah yang hampir dalam golongan miskin, menyaksikan sebanyak 15 juta isi rumah bersamaan 16.8 peratus,” katanya.
Sehubungan itu, beliau mengesyorkan pengeluaran fatwa untuk mengkehendaki perkahwinan rentas kelas itu sebagai salah satu penyelesaian.
Beliau mencadangkan Menteri Hal Ehwal Agama, Fachrul Razi, mengeluarkan fatwa bahawa orang miskin perlu mencari jodoh dalam kalangan orang kaya untuk berkahwin dan orang kaya juga perlu berbuat demikian.
Di Indonesia, pengeluaran fatwa bukan di bawah kuasa menteri, sebaliknya ia lazimnya dibuat pertubuhan Islam seperti Majlis Ulama Indonesia selepas bermusyawarah dan kajian dengan Suruhanjaya Fatwa atau pakar agama.
Sementara itu, Muhadjir juga mencadangkan pelaksanaan program pensijilan sebelum bernikah.
“Sijil ini mengkehendaki pasangan belum stabil secara ekonomi yang ingin bernikah mesti menerima kad pra pekerjaan di bawah program dilancarkan Presiden Indonesia, Joko Widodo.
“Program pra nikah seperti dituntut ini dilaksanakan di beberapa negara seperti Korea Selatan, Malaysia dan Singapura sebagai langkah mengurangkan kadar kemiskinan.
“Matlamatnya, selepas perkahwinan pasangan akan membentuk isi rumah yang stabil,” katanya.
Sebelum ini Bank Dunia pernah melaporkan bahawa 45 peratus daripada kira-kira 115 juta rakyat Indonesia belum mencapai tahap ekonomi yang selamat dan gaya hidup peringkat pertengahan. – AGENSI






















































![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
Ulasan Terkini