Dua warga Singapura tersenarai bilionair global berusia 40 tahun ke bawah

BEIJING: Dua warga Singapura diiktiraf sebagai bilionair global berusia 40 tahun ke bawah mengikut senarai terbaru Hurun yang diumumkan baru-baru ini.
Mereka adalah pengasas bersama Facebook dan pelabur, Eduardo Saverin, 37, di tempat kelima dengan kekayaan AS$12 bilion (SGD$16.71 bilion).
Menyertai beliau dari Singapura ialah pengasas bersama syarikat e-dagang dan permainan dalam talian, Ye Gang, 39, di tempat ke 36 dengan kekayaan AS$1.6 bilion (SGD$2.23 bilion).
Menurut senarai itu, jumlah golongan terbabit meningkat tujuh orang kepada 53 orang berbanding tahun sebelumnya, dengan purata kekayaan mencecah AS$5.2 bilion (SGD$7.24 bilion).
Mereka termasuk 20 dari Amerika Syarikat (AS) dan 19 dari China, merangkumi 70 peratus daripada senarai terbabit yang turut menyaksikan kemasukan 18 bilionair muka baru.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg, mendahului senarai dengan kekayaan AS$84 bilion (SGD$116.98 bilion), meningkat AS$4 bilion (SGD$5.57 bilion) berbanding tahun lalu.
Menyusuli beliau ialah dua bilionair China iaitu pengasas Pinduoduo, Huang Zheng, dan Pengerusi ByteDance, Zhang Yiming, masing-masing dengan kekayaan AS$18 bilion (SGD$25.07 bilion) dan AS$13.8 bilion (SGD$19.22 bilion).
Dua wanita dalam senarai terbabit ialah pemilik Kylie Cosmetics, Kylie Jenner, yang juga bilionair termuda, di tempat ke 46 dengan kekayaan AS$1.1 bilion (SGD$1.53 bilion) dan Wu Yan mewakili Hakim Unique Internet Co Ltd.
Kebanyakan bilionair muda itu terbabit dalam sektor e-dagang (lapan orang), media sosial (tujuh orang) perkongsian ekonomi (enam orang) dan permainan dalam talian (lima orang). – AGENSI






















































![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
Ulasan Terkini