Bas jatuh gaung, 13 pelancong China terbunuh

ORANG ramai melihat keadaan bas yang remuk selepas terjatuh ke dalam gaung di Laos pada Isnin lalu.

BANGKOK – Sekurang-kurangnya 13 pelancong warga China terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera selepas bas yang dinaiki mereka terbabas lalu terhumban ke dalam gaung sedalam 30 meter di Laos, menurut seorang pegawai polis semalam.

Bas yang membawa lebih 40 penumpang China itu dalam perjalanan ke bandar pelancongan, Luang Prabang, ketika kejadian berlaku lewat petang kelmarin.

“Setakat ini, 13 mayat sudah dijumpai manakala dua lagi masih hilang,” kata pegawai polis, Xaiyaphon Chitavong kepada agensi berita AFP.

Beliau menyatakan kemalangan dipercayai berpunca akibat masalah kegagalan fungsi brek.

Beliau menambah seramai 31 penumpang lain yang cedera masih menerima rawatan di hospital.

Media tempatan China menyiarkan gambar anggota penyelamat meredah kawasan banjir paras buku lali di lokasi kemalangan.

Kemalangan jalan raya di Laos, Thailand, Kemboja dan Myanmar adalah perkara biasa dengan tahap keselamatan dan pe­nguatkuasaan lemah.

Musim monsun bermula Jun hingga Oktober membawa hujan lebat, menyebabkan permukaan jalan raya luar bandar basah dan licin. – AFP

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture