Hutan hujan Amazon terancam
SAO PAULO, Brazil – Kebakaran hutan di Brazil meningkat dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini, demikian menurut data rasmi ketika Presiden Jair Bolsonari berdepan kritikan hebat ekoran kebakaran Hutan Amazon yang semakin meluas.
Hampir 73,000 kes kebakaran hutan direkodkan antara Januari hingga Ogos 2019 berbanding 39,759 kebakaran bagi keseluruhan tahun lalu, kata Institut Kajian Angkasa Kebangsaan (INPE) lewat Isnin lalu.
Ia merupakan jumlah kebakaran hutan tertinggi untuk mana-mana tahun sejak tahun 2013 dan disusuli penurunan selama dua tahun.
“Apa yang kita saksikan ini adalah kesan daripada peningkatan aktiviti penebangan hutan sejak kebelakangan ini,” kata ketua Program Amazon Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF), Ricardo Mello.
Kebakaran hutan kerap berlaku sepanjang musim panas yang berakhir pada hujung bulan Oktober atau awal November ketika tanah diratakan bagi tujuan pertanian atau dijadikan kawasan ragut.
Bencana itu menyebabkan asap tebal naik ke udara dan menyelubungi beberapa buah bandar di Brazil sejak beberapa hari lalu sehingga memaksa laluan penerbangan dilencongkan.
Statistik terbaharu itu diumumkan ketika Bolsonaro dikritik ekoran retorik antialam sekitarnya, yang mendorong pembalak, pelombong dan petani menjadi lebih berani untuk melakukan kerosakan termasuk pembakaran di Hutan Amazon.
Menurut INPE, Brazil mencatatkan kes kebakaran hutan paling banyak di rantau Amazon tahun ini diikuti oleh Venezuela dengan 26,453 kes dan Bolivia yang mencatatkan 16,101 kebakaran hutan. – AFP























































![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
Ulasan Terkini