Aligator panjat pagar ceroboh pangkalan tentera AS

Motoris Christina Stewart mengambil video menakutkan ini buaya yang besar yang memanjat pagar yang tinggi di sekitar Pangkalan Tentera Laut Amerika Syarikat dengan mudah (Gambar: Action News Jax)

JACKSONVILLE, Florida – Seekor aligator bersaiz besar dirakam memanjat pagar dawai tinggi di Florida pada Sabtu lalu, demikian menurut akhbar Daily Mail.

Rakaman yang dikongsi secara meluas di Facebook memaparkan reptilia besar itu melintas jalan di hadapan beberapa pengguna jalan raya di situ sebelum mendekati kawasan di Pangkalan Tentera Jacksonville di sini.

Seorang wanita, Christina Stewart segera merakam kelibat aligator itu dan berkongsi rakaman dengan mengatakan: “Ia menuju ke sana, ke atas pagar.”

Klip video itu dipercayai dirakam dari dalam sebuah kereta.

Rakaman berdurasi 11 saat itu menunjukkan reptilia tersebut berjaya memanjat pagar berkenaan lalu menceroboh ke dalam kawasan pangkalan tentera Amerika Syarikat.

Seorang pengguna Facebook berkata, dia belum pernah melihat kejadian melibatkan seekor aligator memanjat pagar dan berterima kasih kepada Stewart kerana berkongsi video tersebut.

“Agak memalukan kerana saya pun tidak mampu memanjat pagar seperti itu,” kata seorang lagi pengguna.

Terdapat kira-kira 1.3 juta aligator di Florida, menurut laporan Visit Florida. – Agensi 

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture