Britain siasat kes tikaman sebagai insiden ‘pengganas’

 

 

READING, UNITED KINGDOM: Kes tikam yang meragut tiga nyawa di sebuah taman di Reading, selatan Britain akan disiasat sebagai satu insiden keganasan.

Polis Thames Valley berkata, kejadian berkenaan turut mencederakan tiga mangsa lain, dan mereka berjaya menahan suspek yang berusia 25 tahun di pekan bersejarah itu, yang terletak 60 kilometer di barat London.

Bagaimanapun, tiada sebarang laporan diterima menyatakan bahawa suspek adalah warga Libya.

Imej menunjukkan bagaimana sekumpulan polis anti-pengganas melakukan letupan terkawal di sebuah unit kediaman, dipercayai dihuni suspek, sejurus selepas kejadian.

“Polis Anti-Rusuhan mengesahkan bahawa kejadian tikam yang berlaku di Reading malam tadi adalah perbuatan pengganas,” kata polis dalam satu kenyataan.

Menurut Downing Road, Perdana Menteri, Boris Johnson diberi taklimat mengenai kejadian itu oleh menteri kanan dan pegawai keselamatan pagi tadi.

Ketua Konservatif itu turut mengecam kejadian terbabit dan melahirkan rasa simpati terhadap semua mangsa, dalam tragedi di Forbury Gardens, sebuah taman popular di tapak runtuhan Reading Abbey.

“Kejadian seperti ini amat jarang berlaku, dan saya tahu ia tidak dapat meredakan kesedihan mangsa, malah kami faham ia akan mendatangkan kebimbangan di kalangan komuniti setempat,” kata Ketua Polis Thames Valley, John Campbell. – AFP

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture