Fandi dipilih pemain terbaik Asia pernah beraksi dalam liga Belanda

Fandi Ahmad mencapai kedudukan pertama undian dalam talian, Pemain Terbaik Eredivisie Gabungan Bola Sepak Asia (AFC). – FOTO: Fail.
IKON bola sepak setempat Fandi Ahmad telah berjaya memenangi Pemain Terbaik Eredivisie Gabungan Bola Sepak Asia (AFC)
Dalam hampir 30,000 undian yang dijalankan, Fandi, 58 tahun, menerima 37 peratus undian majoriti, mengalahkan Reza Ghoochannejhad (28 peratus) dan Alireza Jahanbakhsh (25 peratus), lapor The Straits Times pada Jumaat (12 Jun).
Undian tersebut yang dilancarkan pada 5 Jun lalu menyenaraikan sembilan pemain terbaik Asia yang pernah menyertai liga bola sepak Belanda.
Fandi pernah mewakili kelab Groningen Fandi manakala Alireza (Njimegen dan Alkmaar) dan Reza (Heerenveen dan Zwolle).
Ketika dihubungi Berita Harian, Fandi berkata:
“Ini adalah kejutan manis bagi saya lebih-lebih lagi pada usia saya yang agak lanjut. Tambahan, lain-lain calon juga telah memenangi kejuaraan liga Belanda sedangkan saya tidak.
“Saya berterima kasih kepada keluarga, rakan-rakan dan peminat di seluruh dunia yang telah mengundi saya dan mengingati kerja keras saya. ”
Tambah Fandi, beliau turut telah menerima kiriman teks dari amerika selatan, belanda an indonesia, malaysia juga Singapura – negara-negara di mana beliau pernah beraksi.
“Saya sungguh terhutang budi kepada mereka semua sehingga ke hari ini. ramai pemain Asia masih lagi cuba menembusi liga Eropah dan tidak begitu ramai pemain Asean yang berjaya melakukannya.
“Namun saya mahu menggalakkan mereka supaya ia adalah sesuatu yang boleh dicapai jika kita menggabungkan bakat, dengan kesungguhan dan kerja keras,” tekan beliau lagi.
Sumber: BH Singapura






















































![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
Ulasan Terkini