Ankara, EU mampu bekerjasama melawan Islamofobia

 

 

Pengarah Komunikasi Turki, Fahrettin Altun. – Foto AFP

ANKARA: Turki dan Kesatuan Eropah (EU) menjalinkan kerjasama erat dalam pelbagai bidang, sekali gus berupaya melakukannya bagi menentang gerakan perkauman anti-Muslim, kata pengarah komunikasi Turki pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu (AA).

Fahrettin Altun menghadiri pembentangan Laporan Islamofobia Eropah 2019 oleh Yayasan Penyelidikan Politik, Ekonomi dan Sosial (SETA) di Ankara melalui internet di mana beliau mengatakan laporan itu bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya sebagai usaha mendorong kepada dialog terbuka dan jujur ​​antara rakan.

Katanya, laporan itu memungkinkan penduduk di seluruh dunia mengikuti perkembangan perkauman anti-Muslim di Eropah dan ia juga menyentuh kebimbangan orang Eropah mengenai aliran sosial dan politik.

Sambil menyifatkan perkauman anti-Muslim bukan hanya masalah Eropah, Altun berkata umat Islam dibunuh atau cedera di seluruh dunia sebagai sebahagian daripada usaha ugutan dan pemindahan yang sistematik.

Beliau menarik perhatian kepada keadaan sebenar bahawa Islamofobia di Eropah semakin buruk setiap hari dan mengatakan terdapat peningkatan yang ketara dalam serangan terhadap umat Islam, masjid dan pusat komuniti Islam di Eropah.

“Memerangi Islamofobia perlu dimulakan di Eropah,” katanya.

Turki bersedia untuk menyokong usaha EU untuk mencapai kesamaan bagi umat Islam dan komuniti agama lain, katanya.- BERNAMA

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture