‘Hantu’ naik kerusi roda di hospital

‘Hantu’ naik kerusi roda di hospital

SEBUAH kerusi roda bergerak ke arah tanjakan sebelum menuju ke sebuah taman dan pintu pagar institut perubatan tersebut.[/caption]CHANDIGARH, Punjab – Sebuah kerusi roda dirakam bergerak secara sendiri berdasarkan rakaman sebuah kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di pintu masuk sebuah hospital di India baru-baru ini, lapor akhbar Daily Mail.

Kejadian pada lewat malam itu menunjukkan kerusi roda tersebut mula bergerak ke pintu masuk Institut Pendidikan Perubatan dan Kajian Lepasan Ijazah di Chandigarh.

Ia terus bergerak menuruni tanjakan ke arah sebuah taman sebelum berputar mengelilingi sebatang tiang.

Pengawal keselamatan, Manoj Kumar yang menyaksikan kejadian berkenaan pada 19 September lalu melahirkan rasa tidak tenang dengan peristiwa itu.

Rakaman itu juga mencetuskan spekulasi dalam kalangan kakitangan hospital bahawa kerusi roda itu digerakkan oleh hantu yang mahu keluar dari hospital berkenaan.

RAKAMAN CCTV menunjukkan kerusi roda bergerak sendiri di Institut Pendidikan Perubatan dan Kajian Lepasan Ijazah di Chandigarh, India baru-baru ini.[/caption]Ramai kakitangan berasa takut untuk bekerja pada syif malam disebabkan kejadian misteri itu.

Bagaimanapun, seorang doktor di hospital itu berkata, kerusi roda berkenaan bergerak disebabkan oleh tiupan angin memandangkan ia diletakkan di kawasan separa tertutup.

Kumar yang merupakan sebahagian daripada sepasukan tiga orang pengawal keselamatan menambah: “Seorang daripada kami keluar meronda dan seorang lagi di dalam bangunan.

“Saya keluar untuk minum air dan ternampak kerusi roda itu bergerak sendiri. Ia hanya tiupan angin, bukan benda lain. Saya juga berasa sangat sejuk pada ketika itu,” katanya. – Agensi

2views

You may also like

Ikan tanpa kepala berenang dikolam
00:13
2views
  Video viral yang pelik memaparkan seekor ikan berenang tanpa ...
Sosok Nenek Lampir
20views
Inikah yang dinamakan Sosok Nenek Lampir???
Teknologi Cina
24views
Teknologi Cina
Remaja perempuan maut cuba tiru cara membuat popcorn di laman YouTube
3views
ZAOZHUANG, China – Seorang remaja China terbunuh selepas dia cuba ...
Lelong Robot tempur gergasi USD$1
3views
OAKLAND, California – Syarikat pengeluar robot, MegaBots mengumumkan ...
Magik Zlwin Chew - KL
24views
Ahli silap mata luar biasa, Zlwin Chew, mengagumkan KL-ites dengan ...
Halaman 2 dari 10

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture