Wanita mengamuk gara-gara gagal beli aiskrim di AS

Wanita mengamuk gara-gara gagal beli aiskrim di AS

Pelanggan marah dan mengamok apabila dia tidak boleh mendapatkan “McFlurry” … dengan taburan.[/caption]WASHINGTON – Seorang pelanggan restoran makanan segera, McDonald’s mengamuk dan membaling objek ke arah pekerja premis berkenaan kerana gagal mendapatkan aiskrim McFlurry yang dia idamkan, lapor akhbar Daily Mirror kelmarin.

Satu rakaman video berdurasi 43 saat memaparkan seorang wanita bertindak agresif selepas dia diberitahu bahawa mesin pembuat aiskrim tersebut rosak baru-baru ini.

Klip video itu menunjukkan wanita tersebut mencari objek di sekitar restoran itu dan membalingnya ke arah pekerja yang berada di belakang kaunter.

Dia turut menjerit sekuat hati selama kira-kira 30 saat dan mengeluarkan perkataan kurang sopan.

Sejumlah pelanggan yang berada restoran berkenaan terus meninggalkan premis tersebut manakala seorang pelanggan dilihat merakamkan kejadian itu.

Lokasi kejadian berkenaan tidak jelas tetapi ia dipercayai berlaku di sebuah cawangan restoran McDonald’s di Amerika Syarikat (AS). Akhbar Daily Mirror turut menghubungi pihak pengurusan restoran McDonald’s AS untuk mendapatkan penjelasan lanjut. 
– Agensi

•
1views

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture