Kereta sport menyusuri terusan Venice

KERETA sport Ferrari F50 ini dibina daripada kayu oleh Di Marchi yang merupakan artis seni Itali.

KERETA sport Ferrari F50 ini dibina daripada kayu oleh Di Marchi yang merupakan artis seni Itali.

Venice, Itali. – Adalah mustahil untuk orang ramai memandu kereta mereka di jalan-jalan dipenuhi air di bandar Venice te

tapi sebuah kereta sport dibina bagi tujuan tersebut.

Ferrari F50

DI MARCHI memandu kereta sportnya di sebuah terusan di sekitar bandar terapung Venice, Itali.

Portal Ripley.com semalam melaporkan, kereta Ferrari F50 tersebut dibuat daripada kayu oleh pakar seni ukir Itali, Livio Di Marchi.

Kereta itu tidak boleh dipandu di jalan biasa, sebaliknya, Di Marchi menggunakannya untuk bergerak di terusan yang ada di sekitar bandar Venice.

Ferrari F50 versi kilang itu boleh memecut dari 0 hingga 100 kilometer sejam dalam masa hanya 3.8 saat tetapi artis seni tersebut menggunakan enjin motor bot dan bukannya enjin V12 yang menjana 512 kuasa kuda seperti yang terdapat dalam kereta sebenar.

Ferrari sebelum ini mengeluarkan hanya 349 unit kereta F50 tetapi jentera ke-50 ini diukir sepenuhnya daripada kayu.

Di Marchi merupakan seorang artis seni prolifik. Dia mengukir sebilangan bot unik lain di samping kereta Mercedes gull-wing, kereta vintaj Jaguar dan motosikal Vespa, semuanya menggunakan kayu.

Popular dengan gelaran Tukang Kayu Venice, obsesi Di Marchi dengan ukiran bermula semasa dia belajar di Akademi Seni Halus Diraja di Venice.

Rumahnya juga dipenuhi dengan ukiran kayu termasuk beruang teddy, pakaian, pinggang mangkuk malah dia turut mengukir seluar dalamnya sendiri. – Agensi

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture