Lelaki maut mercun meletup di muka

Britney Gary McLaren, 50, (kiri dan kanan dengan tunang Thai Jasmine) meninggal dunia di resort parti Pattaya pada Malam Tahun Baru selepas menyalakan bunga api yang meletup di mukanya

PATTAYA: Seorang lelaki British maut, sejurus selepas tengah malam di Thailand apabila sejumlah besar mercun meletup di mukanya.

Encik McLaren telah berpesta di bar bersama dengan Jasmine (gambar di atas mayatnya) sebelum melangkah keluar untuk menyalakan api mercun yang mula berasap sebelum meletup

Gary McLaren, 50 terbunuh ketika menyambut Tahun Baharu bersama tunang dan rakan-rakan di sebuah resort peranginan di Pattaya, timur Thailand, pada 31 Disember lalu.

Mangsa, berasal dari Corby, Northamptonshire, sedang menghadiri pesta Tahun Baharu di bar Miami A Go Go, sebelum melangkah keluar dan cuba menyalakan sekeping tiub kadbod berukuran 50cm yang padat berisi mercun.

Menurut saksi, cubaan pertama lelaki itu gagal, namun berjaya buat kali kedua, menyebabkan tiub kadbod itu mula mengeluarkan asap.

Polis berkata satu tiub besar bunga api telah didapati dari tempat kejadian dan disimpan sebagai bukti semasa mereka menyiasat kematian

Mercun berkenaan kemudian meletup di mukanya, menyebabkan beliau rebah ke tanah.

Polis dan pasukan perubatan dipanggil ke lokasi dan cuba memberikan bantuan pernafasan, namun mangsa disahkan sudah meninggal dunia.

Satu rakaman video menunjukkan tunang McLaren, Jasmine menangis teresak-esak sambil memeluk mayat lelaki berkenaan.

Dalam satu hantaran di Facebook, Jasmine memuat naik gambar terakhir mereka berdua, dengan keterangan yang begitu menyayat hati.

“Ini adalah gambar terakhir kita berdua Sayang. Awak sentiasa di dalam hati saya. RIP Gary McLaren,” tulisnya.

Pemilik bar berkenaan, Mike Cooperman iaitu seorang rakyat Amerika turut memuat naik foto yang memaparkan McLaren melamar Jasmine di sebuah kelab malam, sebagai tanda ingatan.

McLaren menyenaraikan liga perlumbaan motosikal MotoGP sebagai lokasi beliau bertugas namun kaitan sebenar mangsa dengan acara berprestij itu tidak dapat disahkan.

Beliau menuntut di Kolej Tresham berhampiran Kettering, sebelum berhijrah ke Thailand.

Menurut polis, Kedutaan Britain di Bangkok sudah dimaklumkan dengan kematian mangsa. – Agensi

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture