Teman lelaki Bobbi Kristina Brown ditemui mati

MIAMI: Teman lelaki mendiang Bobbi Kristina Brown, Nick Gordon yang dipercayai bertanggungjawab ke atas kematiannya selepas memberinya koktel beracun, disahkan meninggal dunia, kata peguamnya kepada AFP hari ini.
Brown, 22, yang meninggal dunia pada 2015 adalah anak tunggal kepada penyanyi pop legenda Whitney Houston dan penyanyi Bobby Brown.
Peguam Joe Habachy berkata, beliau tidak dapat membincangkan bagaimana anak guamnya yang berusia 30 tahun itu meninggal dunia.
“Apa yang dapat saya katakan di sini adalah, menyaksikan sendiri kerosakan akibat dadah ke atas sekumpulan anak muda yang cukup disayangi ramai dan mempunyai potensi besar adalah amat mengecewakan,” kata Habachy kepada AFP.
Pada November 2016 seorang hakim AS mengarahkan Gordon membayar lebih daripada AS$36 juta (RM147 juta) membabitkan tuntutan kematian salah yang difailkan wakil mendiang Bobbi Kristina.
Tragedi kematian ibunya, Houston berulang, apabila Bobbi Kristina ditemui tidak sedarkan diri di dalam tab mandi di kediamannya di Atlanta, ketika Gordon dan tetamu berada di situ.
Difahamkan, Gordon turut dibesarkan oleh Houston di kediaman berkenaan bersama Bobbi Kristina, walaupun tidak pernah dijadikan anak angkat yang sah oleh penyanyi pop itu.
Pendakwaan yang difailkan oleh wakil Brown mengatakan bahawa Gordon marah kerana cemburu selepas Bobbi keluar untuk menghadiri pesta arak dan kokain sepanjang malam.
Mengikut tuntutan kematian salah yang difailkan di Atlanta, Georgia itu, Gordon memberi Bobbi Kristina segelas minuman koktel toksik menyebabkan dia tidak sedarkan diri.
Gordon kemudian meletakkan muka Bobbi Kristina ke dalam tab mandi yang dipenuhi air sejuk menyebabkan dia mengalami kerosakan otak.
Pejabat pegawai perubatan berkata, masih tidak jelas sama ada kematian Brown adalah tidak disengajakan atau disengajakan.
Keputusan bedah siasat mendapati, terdapat ganja, alkohol, kokain dan morfin di dalam tubuhnya.
Pada 2012, Whitney Houston ditemui di dalam tab mandi di sebuah hotel di Los Angeles dalam keadaan tertiarap pada malam menjelang Anugerah Grammy. – AFP






















































![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
Ulasan Terkini