Mimpi seorang ayah ternyata membawa kepada mayat anak perempuannya
Bangkok, Thailand. – Inilah yang dipanggil naluri kuat seorang ayah terhadap anaknya. Anaknya itu muncul dalam mimpinya.
Dek terasa tidak sedap hati, beliau tergerak hati untuk menjenguk ke rumah anaknya yang berada 20 kilometer dari rumahnya.
Ternyata, apabila Encik Boonlong Boonplun, 71 tahun, tiba di rumah anak perempuannya itu, mayat yang sudah reput ditemui di rumah tersebut.
Ternyata, anaknya itu dipercayai sudah meninggal dunia sekitar enam bulan lalu.
Encik Boonlong memberitahu polis beliau termimpi tentang anak perempuannya, Thiphaphat Phaksuk, lantas terdetik untuk pergi melawatnya yang tinggal bersendirian sejak bercerai dengan suami.
Menurut Encik Boonlong seperti dipetik oleh akhbar The Nation, Thiphaphat yan gberusia 46 tahun, berpindah keluar daripada rumah keluarganya beberapa tahun lalu untuk mendirikan rumahtangga.
Hanya sehari selepas termimpi anaknya itu, Encik Boonlong membuat keputusan untuk melawat Thiphaphat.
Setibanya Boonlong di rumah berkenaan, lapor The Nation, beliau mendapati rumah itu seolah-olah sudah lama tidak didiami dan terbiar kerana rumput kelihatan sudah panjang. Bahkan, beliau juga terhidu bau pelik dari rumah itu dan meminta pegawai keselamatan untuk memecah masuk.
Mayat Thiphaphat ditemui sudah reput di pintu bilik air yang terletak di lantai bawah rumah dua tingkat berkenaan. Polis tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat.
Menurut The Nation, jiran-jirannya memberitahu polis bahawa mereka menyangka Thiphaphat sudah tidak lagi duduk di rumah itu kerana bekalan elektrik dan air sudah dipotong dek bayaran bil yang tertunggak.
- Agensi berita/FZ/fz























































![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
Ulasan Terkini