Pegawai polis didakwa salah guna kuasa, dapat layanan seks dari suspek wanita

Mahendran Selvarajoo. (Gambar: Rauf Khan)

SINGAPURA: Seorang staf sarjan polis, Mahendran Selvarajoo didakwa atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah dan Akta Penyalahgunaan Komputer.

Dia disyaki menyalahgunakan kuasa berulang kali dengan menerima layanan seks dari dua suspek jenayah wanita, dan berjanji untuk menolong salah seorang daripada wanita itu untuk melepaskan diri dari tuduhan jenayah serta seorang lagi wanita dari disiasat lanjut oleh pihak majikannya.

Mahendran Selvarajoo juga dituduh menggunakan telefon wanita-wanita berkenaan tanpa izin, untuk mengambil gambar mereka.

Dia juga menyalin data dari komputer riba milik dua mangsa wanita serta memuat naik data tersebut ke perantinya sendiri.

Khidmatnya sebagai seorang pegawai polis telah digantung sejak 15 Mei tahun ini.
Jika disabit kesalahan rasuah, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun, dan denda sehingga S$100,000 atau kedua-duanya sekali.

– CNA / Berita Harian SG

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture