Starship akan bawa manusia ke Planet Marikh

NEW YORK – Bilionair Amerika Syarikat (AS), Elon Musk kelmarin memperkenalkan kapal angkasa baharu, SpaceX Starship yang direka untuk melakukan perjalanan pergi balik ke Bulan, Planet Marikh dan lebih jauh, lapor akhbar The Sun.

Kapal angkasa itu yang dijangka menjalani ujian penerbangan dalam masa beberapa minggu lagi, dibina untuk membawa kru dan kargo jauh ke angkasa lepas seterusnya pulang ke Bumi.

KAPAL angkasa SpaceX Starship akan menjalani ujian penerbangan dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Starship boleh mendarat secara menegak dan boleh digunakan semula.

Pencapaian tersebut dilihat mampu membuka jalan untuk pengembaraan angkasa lepas yang laju dan murah serta terbuka kepada orang ramai sedikit masa lagi.

Kapal angkasa Starship memiliki ketinggian kira-kira 118 meter dan boleh membawa sehingga 100 orang.

Ia akan dilancarkan untuk kali pertama dalam tempoh sebulan atau dua bulan lagi dalam penerbangan pada ketinggian hampir 20,000 meter sebelum mendarat semula di Bumi.

Bilionair dan usahawan Jepun, Yusaku Maezawa serta beberapa artis telah membuat tempahan untuk perjalanan mengelilingi Bulan dengan menaiki kapal angkasa Starship dalam tahun 2020-an.

Bagaimanapun, Musk berkata, matlamat utamanya adalah untuk menempatkan manusia di Planet Marikh. – Agensi

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture