2 pulau lenyap ditenggelami, banyak lagi pulau akan ‘hilang’ di Indonesia

JAKARTA: Dua pulau kecil di Sumatera Selatan dilaporkan hilang selepas tenggelam berikutan peningkatan paras laut akibat kesan perubahan iklim manakala empat lagi bakal lenyap, menurut pertubuhan alam sekitar, Wahana Lingkungan Hidup Indonesia (WALHI).
Pertubuhan itu mendakwa, Pulau Betet dan Pulau Gundul yang terletak di bawah pentadbiran Kabupaten Banyuasin, masing-masing tenggelam kira-kira satu meter dan tiga meter di bawah paras laut.
“Pulau-pulau berkenaan tidak berpenghuni. Salah satu pulau, Pulau Betet, adalah sebahagian daripada Taman Negara Berbak-Sembilang,” kata Pengarah Eksekutif WALHI Sumatera Selatan, Hairul Sobri, kelmarin.
Empat pulau yang berisiko tenggelam adalah Pulau Burung yang kini berada pada paras sama dengan laut; Pulau Kalong dan Pulau Salah Namo, kedua-duanya kini berada dua meter di atas paras laut serta Pulau Kramat, terletak tiga meter di atas paras laut.
“Jika tiada usaha menangani peningkatan aras air laut, empat pulau itu yang kini berada pada ketinggian kurang empat meter di atas paras laut, lambat laun akan mengikut jejak pulau yang sudah tenggelam,” katanya
WALHI mencatatkan 23 pulau kecil tidak berpenghuni terletak di pantai timur Banyuasin di Sumatera Selatan manakala beberapa pulau lagi termasuk Pulau Salah Namo, mempunyai penduduk.
Perubahan paras laut didorong perubahan iklim akibat pemanasan bumi kini mengancam negara kepulauan seperti Indonesia, yang mana berjuta-juta orang kini tinggal di kawasan pantai rendah membabitkan kira-kira 17,000 pulau.
Ketua kampung Pulau Salah Namo, Syahrul, berkata mereka sudah maklum peningkatan air laut boleh menenggelamkan pulau itu.
“Penduduk pulau itu sudah memindahkan rumah mereka puluhan meter dari tempat asal rumah mereka mula dibina.
“Kebanyakan penduduk berpindah ke pulau ini pada 1970 untuk memiliki kehidupan yang lebih baik dengan menanam padi dan menjadi nelayan.
“Pada tahun 1990, terdapat kawasan besar di depan rumah di mana kami boleh bersenam dan kanak-kanak boleh bermain bersama, tetapi keadaan berbeza sekarang, tiada lagi padang di depan rumah kami, malah ramai yang sudah berpindah, “katanya.
Ketua Taman Negara Berbak-Sembilang II, Affan Absori, mengesahkan Pulau Betet kini berada di bawah air laut dan bakal tenggelam sedikit masa lagi.
“Ia tenggelam kerana paras laut meningkat dan akibat tsunami, namun tiada sebarang gangguan yang ketara terhadap haiwan di kawasan ini,” katanya.
Taman Negara Berbak-Sembilang yang diisytiharkan rizab biosfera dunia pada 2018 oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), adalah kawasan bakau kaya dengan flora dan fauna, termasuk harimau Sumatera dan burung Raja Udang.
Menurut WALHI, negara tropika seperti Indonesia lebih terdedah kesan pengaruh pemanasan global, terutama di Sumatera Selatan di mana kebanyakan orang bergantung kepada arang batu, minyak dan gas asli yang menyumbang kepada pelepasan gas rumah hijau. – The Jakarta Post /ANN





















































![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
Ulasan Terkini