Mahkamah tolak permohonan batalkan pengharaman e-rokok
NEW YORK – Negeri Massachusetts di Amerika Syarikat (AS) mengekalkan satu langkah pengharaman rokok elektronik (e-rokok) kelmarin di tengah-tengah pertikaian membabitkan isu kematian dan kecederaan berhubung perbuatan mengisap vape di seluruh negara.

Gambar bertarikh 12 September lalu menunjukkan seorang lelaki menghisap e-rokok di Washington, Amerika Syarikat.
Sebanyak 18 kematian di 15 negeri telah dikaitkan secara positif dengan perbuatan menghisap vape sejak Mac, daripada sejumlah 1,080 penyakit berkaitan dengannya, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).
Pihak berkuasa di Connecticut turut mengumumkan satu lagi kematian di negeri itu kelmarin.
Massachusetts menjadi negeri pertama di AS mengumumkan pengharaman semua peranti e-rokok pada September lalu, dengan larangan berkuat kuasa sehingga empat bulan.
Pihak pengeluar cuba mencabar pengharaman itu di sebuah mahkamah di Boston, mendakwa undang-undang itu tidak adil terhadap risiko kesihatan disebabkan oleh peranti-peranti berkenaan.
Persatuan Teknologi Vapor (VTA) sebaliknya meminta untuk satu sekatan terhad dikenakan ke atas beberapa produk, termasuk isian semula vape di pasaran gelap dan peranti mengisap vape Tetra Hydrocannibol (THC), bahan psikoaktif utama dalam dadah ganja.
Bagaimanapun, mahkamah menolak permohonan untuk satu interim membatalkan larangan itu, dengan mengatakan ia boleh membawa konflik terhadap kepentingan awam.
Satu kes pendengaran penuh akan diadakan pada 15 Oktober ini. E-rokok sudah berada dalam pasaran AS sejak 2006. – AFP






















































![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
Ulasan Terkini