Presiden Tanzania puji gabenor rotan 14 murid bakar bilik asrama

MAGUFULI
Dar Es Salaam – Presiden Tanzania, John Magufuli memuji seorang gabenor wilayah yang mencetuskan kemarahan orang ramai dengan merotan 14 murid sekolah dengan menyatakan dia harus mengenakan hukuman lebih berat.
Rakaman hukuman yang tular di internet menunjukkan Gabenor Mbeye, Albert Chalamila merotan tiga kali ke atas setiap murid di selatan negara ini.
Kesemua murid melanggar peraturan membawa telefon mudah alih ke sekolah dan dituduh membakar bilik asrama. Mereka bertindak membakar bilik asrama sebagai tindak balas terhadap peraturan tersebut.
Hukuman dijalankan di hadapan rakan-rakan sekolah lain, sekumpulan pegawai polis dan guru. Ia turut mengundang kritikan ramai pengguna media sosial.
“Saya ucapkan tahniah kepada komisioner wilayah (Chalamila) kerana merotan kumpulan pelajar itu dan ia sebenarnya tidak mencukupi. Dia boleh melakukan lebih lagi,” kata Presiden itu pada Khamis lalu semasa melawat satu wilayah kejiranan.
“Ada beberapa orang bercakap tentang hak asasi tetapi tiada tempat yang membenarkan pelajar angkuh seperti ini. Mereka tidak boleh membakar sebuah asrama hanya kerana telefon yang tidak dibenarkan dibawa ke sekolah dan kemudian dirampas oleh guru.
“Saya meminta komisoner wilayah untuk menggantung semua pelajar di sekolah itu. Mereka yang terlibat secara langsung harus dijel,” tambahnya. – AFP






















































![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
Ulasan Terkini