Tragedi Belon Udara Panas, Ibu Dan Anak Maut Di China
Terdapat banyak kawasan pelancongan yang menawarkan perkhidmatan menaiki belon udara kepada pelancong untuk menikmati keindahan alam.
Rata-rata pelancong yang berjiwa lasak, gemar melakukan aktiviti ekstrem ini. Namun, pernahkah kita terbayang tentang risiko yang bakal kita hadapi jika belon tersebut tidak berfungsi?
Jatuh dari 10,000 kaki di udara
Seorang wanita bersama anaknya meninggal dunia setelah belon udara yang dinaiki oleh mereka telah meletup ketika sedang bercuti.
Mereka dikatakan menaiki belon udara yang mempunyai rekaan lain daripada biasa, kerana belon udara tersebut mempunyai tempat duduk seperti buaian dan bukannya di dalam bakul.

Struktur belon udara dilihat tidak meyakinkan, kerana hanya diperbuat daripada tali dan tiang. Belon udara tersebut telah membawa mereka setinggi 10,000 kaki dari udara.
Ketinggian tersebut merupakan ketinggian yang luar biasa dan tidak diiktiraf oleh mana-mana pihak berkuasa, kerana ia sepatutnya terbang pada ketinggian di antara 1,000 hingga 3,000 kaki sahaja.

Belon terbang tinggi dan gagal berfungsi
Belon tersebut dikatakan gagal berfungsi dan sejurus kemudian hilang dari pandangan kerana berada pada ketinggian yang luar biasa. Selang beberapa minit kemudian, belon itu menjunam ke bawah dan menyebabkan mangsa terhempas ke tanah.
Menurut saksi, badan mereka bergetaran akibat terhempas ke tanah. Pihak polis mendapati aktiviti perniagaan itu tidak mempunyai lesen dan dilakukan secara haram.

Pengendali belon udara telah ditangkap dan semua tiket yang dibeli oleh pelancong telah dipulangkan dengan segera. Pihak polis masih meneruskan siasatan atas kemalangan tersebut.
Sumber: OrientalDaily






















































![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
Ulasan Terkini