Anak, bapa mati ditanduk lembu

GAMBAR HIASAN menunjukkan seekor lembu jantan.

Berlin. – Seorang petani Jerman dan bapanya terbunuh selepas dirodok seekor lembu jantan bertanduk yang naik minyak sehinggakan anggota penyelamat gagal menghampiri mangsa selama 45 minit sebelum haiwan itu akhirnya ditembak mati, lapor Daily Mail kelmarin.

Kedua-dua mangsa yang mempunyai nama sama, Josef Schoenberger, berusia 60 dan 87 tahun, diserang lembu ternakan mereka di sebuah padang ragut di Gleissenberg, pedalaman negeri Bavaria baru-baru ini.

berusia 60 tahun itu pada mulanya keluar untuk memeriksa ternakannya tetapi tidak pulang ke rumah seperti biasa menyebabkan ibu bapanya bimbang dan keluar mencari anak mereka.

Ketika bapanya berada di padang rumput itu, dia tidak sempat mengelak daripada diserang lembu jantan tersebut.

Ibu mangsa yang berusia 87 tahun dan tidak masuk ke padang rumput itu bertindak menghubungi pihak polis.

Bagaimanapun, anggota-anggota penyelamat tidak dapat menghampiri kedua-dua mangsa kerana lembu tersebut kelihatan sedang naik minyak.

Seorang jurucakap polis mempertahankan kelewatan masa untuk menembak lembu tersebut kerana pistol polis tidak cukup kuat bagi membunuh haiwan seberat lebih setengah tan itu.

Ketika itu, lembu tersebut berada di tengah padang rumput berkenaan bersama kawanannya kira-kira 80 meter daripada kedudukan pasukan polis.

Mereka terpaksa menunggu anggota polis lain tiba dengan membawa raifal tempur G3. Lembu jantan itu mati hanya selepas lapan das tembakan dilepaskan. – Agensi

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture