Singapura tahan 2 wanita Malaysia cuba seludup dadah

Pihak berkuasa Singapura merampas dadah disembunyikan dalam kereta
SINGAPURA: Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura menahan dua wanita muda warga Malaysia selepas menemui ganja seberat 3.031 kilogram (kg) dalam kereta yang mereka naiki di Pusat Pemeriksaan Tuas, Rabu lalu.
ICA, dalam kenyataan hari ini, berkata pada jam 4.48 pagi, pegawainya yang memeriksa kereta pendaftaran Malaysia itu mengesan dua bungkusan ganja seberat 2.017 kg disembunyikan dalam kusyen tempat duduk belakang.
Dua wanita berusia 22 serta 23 tahun dalam kereta itu ditahan dan kes dirujuk kepada Biro Narkotik Pusat (CNB).
Pemeriksaan susulan oleh pegawai CNB kemudian menjumpai satu lagi bungkusan ganja seberat 1,014 kg tersembunyi di kusyen sebelah kiri tempat duduk belakang kereta berkenaan.
Menurut ICA, jumlah dadah yang dirampas itu bernilai sekitar S$30,000.
Ganja adalah dadah terkawal Kelas A yang disenaraikan di bawah Akta Salah Guna Dadah Singapura dan menjadi satu kesalahan untuk mengambil, memiliki, mengedar, mengimport atau mengeksport mana-mana jenis dadah terkawal di bawah akta itu.
Mengikut akta terbabit, memilik dadah melebihi 250 gram membawa kepada hukuman mati.
Dalam kes berasingan, seorang pemandu lori warga Malaysia berusia 27 tahun ditahan kerana cuba menyeludup 5,220 karton rokok tanpa cukai di Pusat Pemeriksaan Woodlands, Isnin lalu.
ICA berkata dalam kejadian jam 4.39 pagi itu, pegawainya melakukan imbasan ke atas lori dengan nombor pendaftaran Malaysia dan menemui objek mencurigakan dalam muatan yang diisytiharkan sebagai sayuran.
Menurutnya, pemeriksaan lanjut menemui karton rokok berkenaan dalam kotak-kotak kadbod yang disorokkan dalam muatan sebenar.
Katanya, jumlah duti rokok terbabit dianggarkan sebanyak S$445,788 manakala jumlah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pula dianggarkan sebanyak $36,094.
ICA berkata pemandu terbabit memiliki lesen memandu palsu dan dirujuk kepada Kastam serta polis untuk siasatan lanjut. – BERNAMA






















































![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
Ulasan Terkini