Pasport lelaki tidak lulus kerana nama kurang sopan

LESEN memandu Kennard menggunakan nama Fu-Kennard. – KENNY FU-KENNARD/SWNS.COM

London. – Seorang lelaki dihalang daripada melancong ke luar negara berikutan nama keluarga dianggap kurang sopan, lapor akhbar Metro.Uk.

KENNARD. – KENNY FU-KENNARD/SWNS.COM

Kenny Kennard menukar nama keluarganya kepada ‘Fu-Kennard’ sebagai bahan jenaka beberapa tahun lalu, tetapi jenaka tersebut kini memakan dirinya sendiri.

Bekas anggota tentera berusia 33 tahun itu pernah menggunakan nama baharu itu untuk memperbaharui lesen memandunya, namun kemudian diberitahu bahawa dia tidak boleh menggunakan nama tersebut pada pasportnya.

Apabila pasport Kennard tamat tempoh pada awal tahun lalu dan dia mahu memohon pasport baharu tetapi permohonannya ditolak kerana namanya boleh menyebabkan ‘perasaan tersinggung’.

Pekerja sebuah pasar raya di bandar Bude, Cornwall itu mengunjungi Pejabat Pasport Diraja sebanyak tiga kali, namun semua permohonannya ditolak.

Lelaki itu berkata: “Saya mengambil keputusan menukar nama keluarga kepada Fu-Kennard sejak beberapa tahun lalu.

“Apabila saya memperbaharui lesen memandu, ia diluluskan. Justeru, saya anggap begitu juga dengan permohonan pasport, namun ia adalah sebaliknya.

“Permohonan saya ditolak atas alasan nama saya boleh menyinggung perasaan dan tidak sopan.

“Pegawai di jabatan pasport enggan meluluskan pasport saya. Mereka juga menyarankan saya agar berjumpa wakil rakyat untuk meminta bantuan,” kata Kennard.

“Justeru, saya menulis surat kepada Ahli Parlimen, Scott Mann dan beliau membalas dengan berkata, pihak berkuasa berkenaan berhak untuk menolak permohonan tersebut.

Kennard pernah menukar namanya kepada ‘Coco Kenny’ ketika dia berusia 16 tahun tetapi selepas menyertai pasukan tentera ketika berusia 19 tahun, dia diberitahu agar mengubah nama tersebut atas alasan ia tidak matang dan wajar.

Selepas lapan tahun berkhidmat di negaranya, Kennard berhasrat untuk mengubah namanya menjadi Fu-kennard kerana menganggap ia lebih lucu berbanding sebelum ini. – Agensi

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture