Hong Kong berdepan protes berkembar

BEBERAPA peserta tunjuk perasaan berlari di dalam kepulan gas pemedih mata di luar balai polis di daerah Wong Tai Sin, Hong Kong awal pagi semalam.
Hong Kong. – Penunjuk perasaan prodemokrasi menganjurkan dua perhimpunan serentak di Hong Kong semalam ketika China mengeluarkan amaran baharu terhadap pergolakan berterusan di bandar tersebut.
Beribu-ribu peserta berarak di dua daerah berasingan petang semalam dalam protes hujung minggu terbaru yang telah berulang kali diadakan.
Perhimpunan terbaru itu diadakan di daerah Tseung Kwan O dan Kennedy Town malah satu lagi perhimpunan dikatakan bakal diadakan hari ini.
Tunjuk perasaan di daerah Kennedy Town berjalan tidak jauh dari bangunan Pejabat Perhubungan iaitu jabatan yang mewakili kerajaan pusat China di Hong Kong.
Agensi berita rasmi China, Xinhua menerbitkan satu laporan semalam yang menyebut ‘anasir jahat’ sedang mengancam ‘keselamatan’ negara tersebut.
“Kerajaan pusat China tidak akan berdiam diri dan membiarkan situasi ini berterusan,” lapor Xinhua.
Hong Kong yang ditadbir secara separa autonomi telah berdepan protes dan pertembungan anjuran pembangkang sejak dua bulan lalu bagi membantah satu rang undang-undang ekstradisi sebelum ia bertukar menjadi pergerakan memperjuangkan reformasi demokrasi.
Pihak berkuasa Hong Kong dan Beijing bagaimanapun kini semakin kuat mempertahankan pendirian mereka.
Berpuluh-puluh penunjuk perasaan telah didakwa merusuh di mahkamah minggu lalu manakala tentera China memaklumkan mereka sudah bersedia untuk menamatkan pergolakan yang ‘tidak boleh diterima’ itu sekiranya menerima arahan. – AFP






















































![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
Ulasan Terkini