6 terbunuh berebut bantuan makanan

Kekecohan ketika program pengedaran bantuan makanan di wilayah Ghor di Afghanistan, bertukar tragedi apabila dua anggota polis dan empat orang awam terbunuh ketika perebutan makanan.
Ratusan orang berkumpul di luar pejabat gabenor di ibu negara wilayah itu, Firozkoh, di mana pertubuhan Qatar sedang mengedarkan bantuan.
Pertubuhan itu sedang mengedarkan makanan kepada kira-kira 1,000 keluarga tempatan, suatu amalan yang biasa dilakukan sempena bulan puasa.
Tidak dapat dipastikan bagaimana acara itu bertukar ganas tetapi pihak berkuasa menyalahkan sekumpulan lelaki bersenjata dalam kalangan yang berhimpun.
Jurucakap gabenor, Aref Haber, berkata kumpulan lelaki terbabit melepaskan tembakan ke arah polis.
“Empat orang awam termasuk seorang kakitangan stesen radio dan dua anggota polis terbunuh selain 19 orang awam cedera.
“Penunjuk perasaan juga mencederakan kakitangan keselamatan dan siasatan sedang dijalankan,” katanya.
Menteri Dalam Negeri mengesahkan jumlah kematian itu dalam satu kenyataan, yang turut mendedahkan sekumpulan lelaki bersenjata menyerang bangunan kerajaan, memaksa pihak polis melepaskan tembakan ke udara bagi menyuraikan orang ramai.
Naib Presiden Afghanistan, Amrullah Saleh, dalam paparan di Facebook, berkata serang itu mengejutkan dan kerajaan amat serius menjalankan siasatan.
Afghanistan juga sedang berusaha menangani pandemik COVID-19, yang diburukkan lagi kerana negara itu turut dibelenggu kemiskinan. – AFP











:strip_icc():format(webp)/kly-media-production/medias/1324185/original/058645400_1471843843-bangunan_1.jpg)










































![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
Ulasan Terkini