AS bina sekolah kalis peluru

Seorang guru menggesa kanak-kanak untuk tergesa-gesa masuk ke tempat perlindungan peluru di dalam bilik darjah mereka. Pic: ABC / Koco
FRUITPORT, Michigan – Sebuah sekolah di Amerika Syarikat (AS) dibina semula bagi menjadikannya sukar kepada penembak untuk membunuh pelajar sekiranya insiden tembakan rambang berlaku, lapor Perbadanan Penyiaran British.
Sekolah Tinggi Fruitport di sini muncul sekolah pertama di AS yang dibina semula menggunakan penghadang konkrit di dewannya dan laluan lain bagi menghalang peluru.
Laluan dan lorong di sekolah tersebut direka melencong bagi menghalang penembak daripada mempunyai sasaran tepat ketika serangan.
Bilik darjah juga direka semula agar pelajar boleh menyorok dengan lebih mudah dalam situasi kecemasan.
Tingkap-tingkap bilik darjah dipasang filem tahan impak, manakala pintu-pintunya akan dikawal oleh ketua sekolah yang boleh mengunci semua pintu di seluruh premis dengan hanya menekan satu butang.
Superintendan Sekolah Tinggi Fruitport, Bob Syzmoniak percaya binaan tersebut akan menjadi standard bagi semua sekolah di AS pada masa hadapan.
“Ini merupakan elemen rekaan yang akan menjadi sebahagian daripada sekolah di masa hadapan,” katanya kepada akhbar The Washington Post.
Insiden tembakan rambang di sekolah AS menjadi dorongan untuk membina semula sekolah tersebut. Pembinaan semula itu menelan belanja AS$48 juta (RM201.2 juta).
Sementara itu, 2018 merupakan tahun terburuk melibatkan insiden tembakan di sekolah AS.
Keganasan senjata api di sekolah-sekolah di negara itu mengakibatkan seramai 113 orang mati atau cedera pada tahun lalu. – AFP






















































![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
Ulasan Terkini