200,000 pelarian Rohingya sertai perhimpunan aman

SEJUMLAH pelarian Rohingya menghadiri upacara memperingati ulang tahun kedua mereka meninggalkan Myanmar di kem pelariaan Kutupalong di Ukhia, Bangladesh semalam. – AFP
KUTUPALONG, Bangladesh – Kira-kira 200,000 etnik Rohingya berkumpul di sebuah kem pelarian di Bangladesh bagi memperingati ulang tahun kedua mereka meninggalkan Myanmar susulan operasi ganas tentera.
Sekitar 740,000 penduduk Rohingya meninggalkan negeri Rakhine di barat Myanmar pada Ogos 2017 semasa operasi tentera tersebut. Mereka menyertai 200,000 pelarian yang lebih awal menyeberang ke Bangladesh.
Kanak-kanak, wanita berhijab dan lelaki memakai kain sarung melaungkan slogan ‘Tuhan Maha Kaya, Hidup Rohingya’ sambil berarak di tengah-tengah kem pelarian terbesar di dunia itu bagi memperingati apa yang mereka gelar ‘Hari Genosid.’
Di bawah panas terik, beribu-ribu orang menyanyikan lagu popular yang menampilkan lirik ‘dunia tidak peduli kesengsaraan Rohingya.’
Myanmar sebelum ini menegaskan bahawa ia hanya melancarkan operasi bagi menghapuskan gerila Rohingya selepas sebilangan pos polis dan tentera diserang pada Ogos 2017.
Bagaimanapun, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun lalu mendesak supaya beberapa jeneral kanan Myanmar dihadapkan ke mahkamah kerana mendalangi penghapusan etnik atau genosid.
Pemimpin pelarian Rohingya, Mohib Ullah berkata, etnik minoriti itu mahu pulang ke kampung halaman mereka tetapi hanya selepas menerima jaminan keselamatan, hak kerakyatan dan kebenaran untuk tinggal di perkampungan asal masing-masing.
“Kami meminta untuk mengadakan dialog dengan kerajaan Myanmar tetapi masih belum menerima sebarang maklum balas.
“Etnik kita dipukul, dibunuh serta dirogol di Rakhine, namun di sanalah kampung halaman kita dan kita mahu pulang,” kata Mohib kepada peserta perhimpunan tersebut.
Sementara itu, pegawai polis Bangladesh, Zakir Hassan memberitahu agensi berita AFP bahawa kira-kira 200,000 pelarian Rohingya menyertai perhimpunan aman tersebut.
Sehubungan itu, katanya, kawalan keselamatan di kem pelarian Kutupalong tersebut telah diperketatkan. Kem Kutupalong ialah kem pelarian terbesar di dunia dan menempatkan lebih 600,000 etnik Rohingya. – AFP






















































![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
Ulasan Terkini