Dron tentera Israel serang pusat media Hizbollah di Beirut


Penyiasat dari tentera Lubnan memeriksa tempat kejadian di mana dua drone jatuh pada hari Ahad. (Photo by ANWAR AMRO / AFP)ANWAR AMRO/AFP/Getty Images

BEIRUT, Lebanon – Militia Syiah Lebanon, Hizbollah semalam mendedahkan bahawa satu daripada dua dron yang jatuh di kubu kuatnya di Beirut dipenuhi bahan letupan dan menyebabkan pusat medianya mengalami kerosakan.

“Dron pertama terhempas tanpa menyebabkan sebarang kerosakan manakala dron ke­dua yang dipasang bahan letupan meletup dan menyebabkan kerosakan pada pusat media kami,” kata jurucakap Hizbollah, Mohamed Afif.

Kejadian pada awal pagi itu menyusul beberapa jam selepas Israel melancarkan beberapa serangan udara ke atas Syria.

“Hizbollah tidak menembak jatuh sebarang dron. Dron pertama tidak meletup dan kini dalam pegangan kami untuk dianalisis,” tambahnya seperti laporan National News Agency.

Sementara itu, tentera Lebanon semalam mendakwa bahawa dua buah dron yang terhempas di kubu kuat Hizbollah di selatan Beirut itu adalah milik Israel.

“Dua dron milik Israel menceroboh ruang udara Lebanon pada waktu subuh di selatan Beirut. Dron pertama terhem­pas manakala dron kedua mele­tup di udara dan menyebabkan kerosakan harta benda,” jelas satu kenyataan akhbar tentera. – AFP

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture