Amelia, Budak Perempuan yang Bermata Aneh Boleh Tukar 5 Warna Setiap Hari

Ketika mendengar berita tentang Amelia Anggreani, kanak-kanak perempuan 2 tahun yang bola matanya boleh berubah-rubah warna sebanyak 4 kali mungkin kita menganggapnya suatu penipuan. Padahal keanehan yang dialami oleh kanak-kanak asal Kampung Sukamanah, Wates, Kota Bandung itu memang benar.

Mata Amelia boleh berubah menjadi warna putih, kelabu, biru, hitam dan cokelat. Reni Nuryani si-ibu bercerita bahawa puteri ketiga kesayangannya itu memang sudah mengalami keganjilan ketika ia masih dalam kandungan.

Foto Amelia Anggreani Budak Perempuan BerBola Mata Aneh yang Boleh Berubah-ubah warna Setiap hari

Ketika hamil 6 bulan, janinnya sempat dianggap mati kerana tidak bergerak. Kemudian ketika Amelia lahir matanya berwarna aneh, berwarna putih-putih melati. Saya sangat terperanjat menyangka Amelia mengalami kebutaan, namun setelah diperiksa matanya sihat dan normal.

Lanjut di usia bayi 3 bulan, iris matanya berubah lagi menjadi warna kelabu. Keanehan tak berhenti sampai sekarang genap ketika ia berusia 4 tahun matanya berganti-ganti warna lagi menjadi 4 warna, kadang cokelat, kelabu, biru, hitam dan uniknya mata ini selalu berubah-ubah setiap hari.

Reni juga menambah cerita bahawa rambut anak perempuannya mungkin berubah warna, iaitu coklat, hitam dan keemasan, biasanya warna itu mengikut keadaan. Selalunya warna cokelat kata ibunya.

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture