Cardi B Lempar Rambut Palsu Kearah Peminat, Tapi Mahukannya Kembali!

Penyanyi popular Hollywood, Cardi B telah melemparkan rambut palsunya kearah peminat di sebuah persembahan di London’s Wireless Festival baru-baru ini.

Namun begitu, Cardi akui terlalu gembira ketika membuat persembahan dan kini dia mahukan rambut palsu itu kembali.

Perkara itu dikongsi penyanyi berbakat itu menerusi sebuah status di laman Twitter miliknya.

“I GOT CARRIED AWAY…I want my wig back, DM me,” tulisnya.

Status itu turut disertakan dengan potongan video ketika dia melemparkan rambut palsu terbabit.

Rata-rata pengikut Cardi membalas ‘tweet’ itu, kebanyakkan mereka merasakan sukar untuk Cardi mendapatkannya kembali kerana ia mungkin telah dijual.

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture