Dalam video ini, Seorang gadis Kecil menjadi korban gangguan paranormal.
Ada dua video Yang menunjukkan gangguan Itu yang menjadi tanda tanya. Mulanya ketika si gadis sedang bermain sendirian di sebuah ruangan (kemungkinan di dalam rumahnya). Boneka yang diletakkan di tepi tembok tiba-tiba menggerakkan kepalanya secara perlahan. Gadis itu kelihatan tidak menyedari gerakan kecil pada boneka miliknya itu.
Pada video kedua masih dengan gadis yang sama, mahluk halus yang tidak kelihatan beraksi lebih ganas lagi. Si gadis yang sedang asyik melukis menjadi takut apabila kertas-kertas yang tiba-tiba melayang dan bergerak sendiri.
Budak itu kelihatan takut dan terus lari. Namun tak lama kemudian dia kembali ke ruangan itu. Gangguan semakin nyata kerana bukan hanya kertas yang bergerak tapi juga alat kawalan tv dan peralatan melukis si kanak-kanak itu juga dilempar. Tak lama kemudian meja besar tempat gadis itu melukis juga turut bergerak.
Semua kejadian tadi dirakam kamera CCTV yang dipasang oleh ayah si gadis. Dia memuat naikkan rakaman itu ke internet pada September tahun lalu namun menjadi viral pada awal Januari.
Video itu sempat dikatakan palsu dan diedit. Julio Cesar Alvarez Perez yang dipercayai pemilik video tersebut agak kesal dengan tuduhan itu. Dia berkata didalam komennya, “Kepada semua yang menganggap ini palsu, Aku ingin melihat wajah kalian ketika anak kalian mengalami gangguan yang pernah dirasakan anak ku,” tulisnya kesal.
Singapura Sabtu, 6th Jun, 2026 20th Dhu al-Hijjah, 1447
Waktu Solat
Jam
Subuh
5:36 AM
Syuruk
6:57 AM
Zohor
1:03 PM
Asar
4:29 PM
Magrib
7:09 PM
Ishak
8:22 PM
Kata-Kata Pujangga
Kecerdasan
“Tidak ada kecerdasan yang lebih baik daripada kecerdasan yang lain. Kecerdasan terbaik bagi anda ialah kecerdasan yang anda miliki bukan yang dimiliki oleh orang lain -Alias Haji Muda-“
وقال عليه الصلاة والسلام: {مَا تَجَّرَعَ عَبْدٌ جُرْعَةً أَفْضَلُ عِنْدَ الله مِنْ جُرْعَةِ غَيْظٍ كَظَمها ابْتَغَاء وَجْهِ الله تَعَالى}.
Nabi Shollallohu alaihi wasallam bersabda : “Tidaklah seorang hamba menahan sesuatu yang lebih utama di sisi Allah selain menahan kemarahan karena mengharapkan ridha Allah ta’ala”.“
Kata-Kata Mutiara
Hari ini adalah realita impian kelmarin, impian hari ini adalah realita dari besok hari.
Kami menggunakan kuki untuk memastikan bahawa kami memberikan anda pengalaman terbaik di laman web kami. Jika anda terus menggunakan laman web ini, kami akan menganggap bahawa anda berpuas hati dengannya.
Ulasan Terkini