Kebakaran di tapak Warisan Dunia, Istana Shuri di Okinawa

Istana Shuri, disenaraikan sebagai Warisan Dunia, terbakar. – Foto REUTERS

TOKYO – Kebakaran di sebuah istana Jepun yang bersejarah berlaku di selatan Okinawa awal pagi tadi (31 Oktober), dan ia merebak ke tapak kompleks Warisan Dunia, menurut pihak berkuasa Jepun.

Istana Shuri merupakan kompleks utama sewaktu Kerajaan Ryuku, dan dipercayai digunakan semenjak tahun 1400-an.

Kebakaran itu bermula pada 3 pagi tadi.

“Punca kebakaran masih belum diketahui lagi tapi lonceng keselamatan syarikat berbunyi sekitar 2.30 pagi,” kata Encik Ryo Kochi, jurucakap polis prefektur Okinawa, kepada AFP.

Media tempatan berkata bahawa tiada laporan kecederaan sejauh ini. – AFP

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture