Kes tipu ‘Puppy scammer’ meningkat di Australia

 

 

Kes `puppy scammer’ di Australia meningkat sepanjang tempoh perintah berkurung. – Foto hiasan

SYDNEY: Australia kini berdepan dengan masalah sindiket penipuan haiwan membabitkan anak anjing baka terpilih dengan mensasarkan individu yang sunyi akibat perintah berkurung.

Pemantau pengguna ACCC berkata, sindiket penipuan secara dalam talian itu berjaya mempengaruhi individu yang ingin mendapatkan haiwan peliharaan sehingga mencecah AUS$300,000 (SGD$278,402) pada bulan lalu, lima kali ganda lebih tinggi daripada bulan sebelumnya.

“Ramai orang kini terkandas di rumah dan membeli haiwan secara dalam talian untuk mengatasi kesunyian tetapi malangnya ketika keadaan COVID-19 ini, agak sukar untuk memastikan sama ada benar atau penipu,” kata Timbalan Pengerusi ACCC, Delia Rickard.

Tambahan dengan larangan perjalanan, agak sukar untuk pengguna melihat sendiri haiwan dan penipu akan bertanya mengenai bayaran pendahuluan untuk pengangkutan dan kemudian menghilangkan diri.

Malangnya, sebaik membuat bayaran, penjual akan memutuskan hubungan dengan pelanggan.

Dalam kenyataan ACCC, anjing baka cavoodles dan French bulldogs sangat popular dan digunakan untuk memikat pemilik anak anjing yang berpotensi.

RSPCA New South Wales melaporkan peningkatan terhadap permintaan untuk mengambil haiwan peliharaan pada bulan lalu.

“Jangan terpedaya dengan gambar anak anjing yang cantik dan ingat jika harga ditawarkan menarik, itu mungkin ada penipu,” kata Rickard.

Sejumlah penipuan membabitkan anak anjing empat bulan pertama tahun ini, mencecah jumlah hampir sama sepanjang tahun lalu, dengan nilai kerugian ngan AUS$700,000 (SGD$650,151) kerana sindiket penipuan berkenaan. -AFP

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture