Lelaki tembak mati bekas isteri di pusat beli-belah

 

Pasukan perubatan kecemasan dilihat berada di hadapan klinik kosmetik di mana berlaku kes tembakan di sebuah pusat beli belah di Bangkok. – Foto REUTERS

BANGKOK: Seorang lelaki menembak mati bekas isterinya dan mencederakan seorang lagi di sebuah pusat beli-belah di sini semalam.

Dalam kejadian jam 3.15 petang (waktu tempatan), lelaki bersenjata itu menyerbu klinik kecantikan di Century The Movie Plaza berhampiran Victory Monument di Daerah Ratchadewi dan melepaskan sekurang-kurangnya tujuh tembakan ke arah bekas isterinya yang berusia 28 tahun.

Seorang wanita berusia 31 tahun di klinik itu mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital.

Lelaki bersenjata itu masih bebas.

Pesuruhjaya Biro Polis Metropolitan, Leftenan Jeneral Pakkapong Pongpetra, berkata lelaki bersenjata itu dan mangsa berkahwin selama 10 tahun serta mempunyai seorang anak dan mereka baru saja berpisah 13 Februari lalu.

“Motifnya adalah masalah peribadi dan cemburu,” katanya kepada pemberita selepas melawat tempat kejadian semalam.

Pada 8 Februari lalu, dalam kes tembakan rambang dilepaskan seorang anggota tentera yang mengamuk di Nakhon Ratchasima, dikenali sebagai Sarjan Mejar Jakrapanth Thomma, 32, seramai 29 orang terbunuh termasuk polis dan pegawai tentera selain 58 yang lain cedera di Terminal 21 Shopping Mall di pusat bandar itu.

Dia ditembak mati oleh pasukan keselamatan selepas lebih 12 jam bersembunyi di pusat beli-belah itu. – BERNAMA

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture