Polis China siasat dua lelaki pandu kereta bampar di jalan raya

Dua lelaki yang difilemkan ketika mereka memandu kereta bumper di jalan China

BEIJING – Dua lelaki kini disiasat pihak berkuasa kerana didakwa terlibat dalam perlumbaan di sebatang jalan menggunakan kereta bampar.

Menurut akhbar Daily Mail, satu rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan dua lelaki berkenaan ketawa semasa sebuah kenderaan memotong mereka dengan masing-masing memandu sebuah kereta bampar di bandar Beijie, dalam wilayah Guizhou, barat daya China, malam Sabtu lalu.

Menurut laporan portal berita Passion News, kedua-dua lelaki berkenaan didakwa berlumba sambil menghisap rokok dan ketawa.

Polis Trafik Bijie melancarkan siasatan selepas insiden perlumbaan haram itu tersebar dan menjadi tular di media sosial tempatan.

Mereka akhirnya berjaya dijejak di daerah Qixingguan pada Isnin lalu. Kedua-dua lelaki yang dikenali dengan nama keluarga Yang dan Chen itu mendakwa, mereka membeli kereta bampar itu pada malam hari kejadian tetapi gagal mendapatkan kenderaan bersesuaian untuk mengangkutnya pulang dari Taman Hiburan Zhaoshang ke Jalan Tianhe di sini, kata polis.

Mereka juga mendakwa tiada cara lain selain memandu kereta bampar itu pulang ke rumah.

Pihak polis memberi amaran kepada kedua-dua lelaki itu yang kemudiannya menulis surat akujanji bahawa mereka tidak akan memandu kereta bampar di jalan awam lagi. – Agensi

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture