Syarikat pembersihan bogel membuat tawaran untuk pekerja baru dengan gaji £ 45 (SGD 77) sejam

Sebuah syarikat sedang mencari pembersih telanjang (Getty / digayakan oleh model)
Sesiapa yang berani melakukan kerja-kerja pembersihan di rumah pelanggan dengan keadaan bertelanjang dipersilakan memohon kerana pekerjaan baru telah diiklankan oleh perkhidmatan pembersihan telanjang terkemuka UK.
Syarikat Pembersih Naturist sedang mencari pekerja yang sanggup melakukan kerja-kerja memvakum dan pembersihan di dalam rumah orang.

Pembersih tidak perlu mempunyai pengalaman tetapi mesti bersedia bekerja dalam keadaan bogel (Getty posed by model)
Dan sesiapa sahaja yang ingin mencari sedikit wang tunai boleh mengharapkan gaji sekitar £ 45 (SGD 77) sejam.
Satu kenyataan di laman web firma itu berkata: “Pembersih Naturist sentiasa mencari orang baru untuk bekerja dengan syarikat kami sebagai pembersih naturist.
“Peranan utama adalah untuk melakukan pembersihan umum di rumah-rumah swasta tanpa pakaian. Kami mencari pembersih yang fleksibel, bertanggungjawab tidak kira umur atau bentuk badan.”
Salah seorang pembersih, yang dikenali sebagai Anna, yang terbuka tentang pekerjaan itu, mendedahkan bahawa kebanyakan pelanggannya adalah lelaki tunggal.
Beliau berkata pada tahun lepas: “Saya baru kepada naturisme, saya tidak pernah melakukannya sebelum ini – saya tidak pernah berada di pantai nudist atau apa-apa seperti itu. Saya hanya melakukannya secara peribadi. Saya tidak merasa takut kerana saya agak selesa bertelanjang.
“Semua pelanggan saya adalah lelaki tunggal, yang hidup bersendirian. Mereka semua didalam likungan umur yang berbeza, dari kira-kira lewat dua puluhan hingga ke lima puluhan.”
Syarikat itu mengambil keselamatan pekerja mereka dengan serius, menulis di laman web mereka: “Kami tidak mewakili atau memberikan perkhidmatan seksual dan perkhidmatan pembersihan berbogel dan pakaian penuh kami tidak boleh dianggap sebagai pengalaman seksual.
“Ianya adalah bertentangan dengan dasar polisi kami untuk berkongsi butiran peribadi pembersih kami. Semua pembersih disewakan melalui kami di platform dalam talian kami dan ianya adalah bertentangan dengan dasar kami untuk mereka diupah secara langsung oleh pelanggan atas alasan keselamatan.”






















































![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
Ulasan Terkini