Suami kejam paksa isteri berlapar kerana damba ‘wanita kurus’
London. – Seorang wanita yang dipaksa berlapar oleh suaminya sepanjang perkahwinan mereka selama 12 tahun mendakwa bahawa lelaki itu mahu dia muat apabila memakai pakaian yang direka untuk budak berumur tujuh tahun, lapor akhbar Daily Mail.
Catherine Hartley, 31, yang berasal dari bandar Perceton, Scotland, memakai pakaian saiz 12 apabila berkahwin dengan Matthew Hartley tetapi suami baharunya itu mahukan seorang isteri yang boleh memakai pakaian saiz 0.
Mereka mendirikan rumahtangga pada tahun 2006 dan sejak itu, bermulalah mimpi ngeri 12 tahun buat Catherine kerana suaminya mengongkong semua aspek kehidupan termasuk makanannya.
Matthew mendakwa, dia tidak mahukan isteri gemuk dan melarang Catherine makan secara sihat, mengakibatkan wanita itu mempunyai berat badan cuma 31.7 kilogram.
“Dia berkata bahawa saya gemuk dan memaksa saya berdiet. Jika saya makan sebelum tidur, dia memaksa saya tidur di atas sofa,” kata Catherine kepada akhbar Daily Record.
“Badan saya terlalu kurus mengakibatkan tulang saya sakit apabila saya berbaring di atas tilam. Akhirnya, saya memakai pakaian yang dihasilkan untuk budak perempuan berumur tujuh tahun,” tambahnya.
Catherine turut berkata, dia didera oleh suaminya sepanjang 12 tahun perkahwinan mereka termasuk dicekik.
Pasangan itu akhirnya berpisah pada Ogos 2017 sebelum bercerai pada April tahun ini.
Selepas berpisah, Catherine membuat laporan polis tentang perlakuan suaminya.
Lelaki berusia 42 tahun itu mengaku bersalah atas tiga tuduhan menyerang mangsa di sebuah mahkamah pada April lepas. Dia juga mengaku bersalah berhubung tuduhan melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita lain.
Bagaimanapun, lelaki itu hanya dijatuhi hukuman melakukan kerja kemasyarakatan selama 12 bulan di samping didaftarkan sebagai pesalah seks selama setahun. – Agensi
























































![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
Ulasan Terkini