Wanita trauma selepas disakat ‘orang minyak’ di Britain

Seorang lelaki memakai sut hitam sepenuhnya dan bertindak menakutkan orang awam di Claverham, England.

Seorang lelaki memakai sut hitam sepenuhnya dan bertindak menakutkan orang awam di Claverham, England.

London. – Seorang wanita takut keluar rumah selepas mengalami pengalaman menakutkan bertembung dengan seorang lelaki kelihatan seperti orang minyak di sebuah lorong gelap, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Mangsa berkata, lelaki tersebut memakai topeng dan sut getah berwarna hitam

Menurut mangsa, dia sedang berjalan di Claverham, England, apabila melihat ‘seorang individu memakai sut hitam sepenuhnya meluru dan menerpa ke arahnya’ sebelum penyerang melarikan diri dari lokasi kejadian.

Dalam perkembangan berkaitan, polis mengesahkan bahawa pihaknya menerima beberapa aduan berhubung kejadian seorang lelaki ‘mengganggu’ orang awam di lokasi tersebut.

Kata polis, anggotanya tiba di lokasi kejadian sekitar pukul 11.30 malam (waktu tempatan) pada Khamis lalu dan menggunakan sebuah helikopter serta anjing pengesan tetapi masih gagal mengesan lelaki itu.

Mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an berkata, pertembungan itu ‘amat menakutkan’ dan dia memilih untuk bercakap kepada BBC kerana bimbang insiden tersebut akan berulang.

“Saya tidak akan memaafkan diri saya jika perkara ini berlaku kepada orang lain kerana saya memilih untuk mendiamkan diri,” katanya.

Mangsa yang enggan identitinya didedahkan berkata, dia menolak lelaki itu dan menjerit sebelum ‘orang minyak’ tersebut melarikan diri ke jalan utama.

Sementara itu, polis Britain memaklumkan bahawa pihaknya meningkatkan rondaan di lokasi kejadian dan usaha sedang dilakukan bagi memberkas suspek. – Agensi

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture