Bot tentera laut AS hanyut lebih 5,000 kilometer

Kapal Tentera Laut Amerika Syarikat yang hilang sejak tahun lepas di-temui terapung di pantai Ireland. Photo Credit : © Dari Doolin Ferry Co
DUBLIN, Ireland – Sebuah bot Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) yang hilang pada semasa latihan tembakan peluru berpandu pada tahun lalu ditemui di perairan Ireland, lapor akhbar Daily Mail.
Kru sebuah kapal milik syarikat tempatan, Doolin Ferry menemui suatu objek terapung di perairan Ireland pada Isnin minggu lalu ketika mereka berlayar menuju ke Inis Oirr iaitu sebahagian daripada Kepulauan Aran di Teluk Galway.
Selepas dibawa ke daratan dengan bantuan penduduk tempatan, gambar bot itu yang dipenuhi rumpai laut itu menjadi tular, dengan puluhan orang menunjukkan minat mengenai asal-usulnya.
Bot itu kemudiannya dikenal pasti sebagai bot Pengendalian Kelajuan Tinggi Sasaran Permukaan (HSMST) milik Tentera Laut AS dan hanyut kira-kira 5,310 kilometer (km) dari tempat asalnya di Norfolk, Virginia.
“Bot ini dibina pada tahun 2015 dan ia berkemungkinan hilang semasa latihan tentera dan hanyut di lautan sehinggalah ditemui oleh anak kapal Doolin Express di perairan dekat Inis Oirr,” kata seorang penduduk tempatan kepada pemberita.
Jurucakap Divisyen Pesawat Pusat Pertempuran Tentera Laut, Timothy Boulay berkata kepada akhbar The Virginian-Pilot, bot itu telah hilang di lautan pada September 2018 ketika berada ujian misil.
Latihan itu diadakan kira-kira 120.7km dari pantai di Norfolk iaitu Pangkalan Tentera Laut Norfolk.
Pasukan Sasaran Atlantik dan Operasi Maritim mencari bot itu selama lima jam selepas kehilangannya tetapi kemudian memaklumkan kepada Pertahanan Pantai bahawa mereka tidak berjaya menemuinya.
Tambah Boulay, dia tidak terkejut bot itu berjaya melintasi lautan Atlantik kerana ia dibina dengan menggunakan gentian apungan agar tidak boleh tenggelam. – Agensi






















































![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
Ulasan Terkini