Misteri Segitiga Bermuda Menurut Pandangan Islam

Kawasan Segitiga Bermuda yang juga biasa disebut Segitiga Setan terletak di wilayah lautan samudera Atlantik seluas 1,5 juta mil2 atau 4juta km2 yang membentuk garis segita antara wilayah-wilayah British raya sebagai titik di sebelah utara, Puerto Rico wilayah Amerika Syarikat titik di sebelah selatan dan Miami negara bahagian Florida Amerika Syarikat sebagai titik disebelah barat.

Pasti pernah dengar akan peristiwa-peristiwa aneh di sana yang sering terjadi saperti kapal-kapal hilang baik di laut mahupun di udara secara misteri. Ada yang berkata segitiga bermuda itu adalah tempat bersembunyinya makhluk asing dan UFO. Ada yang berkata itu adalah pusat besi berani (daya tarikan) terbesar didunia. Ada juga yang berkata itu pusat bumi dan terdapat lubang hitam (black hole) yang mampu menyedut apapun yang melintas. Lalu apakah pendapat islam tentang Segitiga Bermuda?

Ada hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah bahwa Rasulullah SAW telah bersabda “Apabila salah seorang berada ditempat yang terbuka atau ditengah matahari sedang bersinar, lalu bayangan yang meneduhinya bergerau sehingga sebahagian dari dirinya terletak ditempat panas dan sebahgiannya lagi di tempat sejuk, maka hendaklah dia berdiri atau meninggalkan tempat itu” dikatakan larangan ini kerana tempat seperti itu adalah tempat yang paling digemari oleh Syaitan. Jadi apa kaitannya dengan bermuda???

Alasannya kerana Bermuda terletak di perairan Atlantik di pertengahan antara benua Amerika bahagian utara dan Afrika. Secara mudah lokasi ini adalah kawasan pertembungan dua arus panas dari Afrika dan sejuk dari Amerika Utara. Dengan hadis ini maka terjawablah misteri Segitiga Bermuda. Perkara2 aneh yang terjadi itu tentu antara lain disebabkan pertembungan antara panas dan sejuk dan istana Syaitan yang mungkin tersembunyi disitu.

Ada sebuah buku yang berjudul “Dajjal akan muncul dari kerajaan jin di Segitiga Bermuda” Karya Sheikh Muhammad Isa Dawuud dari Mesir, bahwa kawasan Bermuda adalah kawasan Jin dimana dari situlah akan muncul Dajjal. Jika benar dakwaan buku itu, tidak aneh lagi apa yang di Sabdakan Oleh Nabi SAW itu nyata adanya dan bahkan mendahului zaman sekaligus Nabi SAW membuktikan bahwa islam memiliki semua jawapan untuk semua pertanyaan.

Menurut Sheikh Imam M. Ma’rifatullah Al-arsy, Segitiga Bermuda merupakan tempat titik terujung di dunia ini. Ditengah kawasan itu terdapat sebuah telaga yang airnya dapat membuat siapa saja yang meminumnya menjadi panjang umur, ditempat itu pula Nabiyullah Khidzir A.S bertahta sebagai penjaga sumber air kehidupan tersebut. Sheikh imam M. M berkata kalau penyelamat akhir Zaman Imam Mahdi akan keluar dari Ghaibnya melalui tempat tersebut dengan menggunakan jubah suci berwarna kebiruan.

Lalu apakah penyebab hilangnya berbagai macam kapal ditempat itu??? Menurut Syaikh Imam M lagi, para iblis dan Syaitan tersebut yang tak boleh mendekati pusat kawasan agung itu,maka mereka pun berjaga disekelilingnya dan bertujuan untuk menghalangi setiap manusia yang cuba untuk memasuki kawasan agung itu(segitiga bermuda). Kerana sesungguhnya barang siapa yang boleh sampai ketempat titik tengah kawasan segitiga bermuda, maka dia akan mengetahui kebenaran alam yang sesungguhnya.

Ramai orang-orang zaman dahulu yang telah cuba kepusat Segitiga bermuda dan kebanyakan dari mereka enggan untuk kembali pulang kedunianya. Menurut sebuah artikel kuno, Raja Iskandar Agung pernah cuba masuk ke kawasan agung itu. Dan sekembalinya mereka mengatakan bahwa tempat itu berpasirkan permata dan berbatukan berlian. Tempat yang dipenuhi dengan kabut putih tebal itu sangat indah untuk dipandang tapi sangat berbahaya untuk di datangi.

PS: ya Allahu’alam… Semua kembali kepada sang pencipta Alam Allah SWT, kerana sesungguhnya Allah SWT lah yang paling tahu apa sebenarnya segitiga bermuda itu.

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture