7 kanak-kanak, 4 wanita antara 14 maut letupan bom tepi jalan

OUAGADOUGOU : Tujuh kanak-kanak dan empat wanita adalah antara 14 mangsa yang maut apabila bas yang mereka naiki melanggar sebutir bom di barat laut Burkina Faso, iaitu sasaran utama militan Islam.
Kementerian Penerangan dalam satu kenyataan berkata, 19 lain cedera, tiga daripadanya parah dalam kejadian yang berlaku Sabtu lalu itu.
Menteri Pendidikan, Stanislas Ouaro berkata, bas berkenaan sedang melalui jalan Toeni-Tougan yang sepatutnya ditutup kepada lalu lintas, susulan risiko serangan di kawasan berhampiran sempadan Mali.
Menurut Ouaro, mangsa yang maut adalah antara kesemua 160 penumpang daripada tiga buah bas membawa 104 pelajar.
Sumber keselamatan memberitahu, letupan di wilayah Sourou itu berlaku kerana bom yang dipasang di tepi jalan.
Ouaro berkata, gabenor serantau sebelum ini pada Khamis lalu memberi amaran kepada kerajaan pusat negara Afrika Barat itu berhubung risiko serangan di jalan raya.
Katanya, pemandu ketiga-tiga bas berkenaan tidak menghiraukan amaran untuk menunggu sehingga operasi keselamatan selesai dilaksanakan sebelum meneruskan perjalanan.
Seorang mangsa yang terselamat bagaimanapun memberitahu, mereka tidak menyedari bahaya yang wujud ketika itu.
Tiada pihak tampil bertanggungjawab setakat ini, namun keganasan di Burkina Faso lazimnya berpunca daripada perbuatan militan Islam yang memiliki kaitan dengan Al Qaeda dan Daesh. – AFP






















































![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
Ulasan Terkini